Jus Roselle yang lazat

Teringat saya masa kecik-kecik dulu arwah ayah ada tanam pokok ni kat tepi rumah. Masa tu tak tau pun nama dia roselle, kami panggil buah ribena jer sebab rasanya hampir-hampir sama. Bila berbuah jer ayah akan masak buat jus bagi kitorang adik beradik buat ganti ribena ( yang kami suka sangat time tu).

Lepas dah berpuluh tahun kemudian baru la saya dapat rasa balik roselle ni. Tak macam dulu, sekarang ni roselle ni dah popular cuma samada kita perasan dengan tak jer.

First time try buat jus roselle tak menjadi, sebab tertidor masa tengah masak, sedar-sedar dah hangit atas dapur. Nasib baik la time ni buka buah yang tanam sendiri tapi beli dari pasar malam. Second time cuba dengan hasil kutipan yang pertama pokok roselle saya…

Hasil kutipan pertama pokok roselle

Ini hasil kutipan pertama pokok roselle, banyak la jugak ada lebih 20 biji.

…tapi hasilnya tak lah seperti yang diharapkan sebab ada rasa-rasa getah sikit pada air roselle yang dah jadi tu. Rasanya mungkin sebab saya campurkan kelopak atas dan kelopak bawah buah roselle yang sedikit bergetah sekali gus sebab tu la rasa dia macam tu. Third time saya improvise sikit, kali ni saya tambah sedikit kayu manis & bunga cengkih masa masak jus roselle, hasilnya memang seperti yang diharapkan, tak der lagi rasa getah.

Ok ni cara nak buat jus roselle ni :

Bahan-Bahan :

  1. 20 biji Buah roselle – ambil kelopak bunga sahaja dan bersihkan, biji dibuang.
  2. 1 liter air.
  3. 1 cawan gula
  4. 1 btg kayu manis
  5. 3 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara ;

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak selama 20 – 25 minit api sederhana atau sehingga campuran kelihatan agak sedikit likat.
  2. Biarkan sejuk , buang kayu manis dan bunga cengkih dan simpan pati roselle sehingga hendak diminum.
  3. P.S :Jangan buang kelopak roselle yang telah dimasak tadi sebab itu lah bahagian yang paling sedap sekali untuk dimakan.


Sehingga post ini diterbitkan saya dah harverst roselle tu sebanyak 4 kali dan buahnya masih lagi tumbuh semakin lebat. Selamat mencuba.

Kunjungan ke RTC Gopeng

Beberapa bulan yang lepas dalam perjalanan nak balik ke rumah mertua, terniat pulak nak singgah di RTC Gopeng / Simpang Pulai. Saja nak tengok kot-kot ada diorang jual anak-anak pokok sayur yang boleh dibeli. Bagi yang tak tau RTC Gopeng ni kat mana ni map dia :

Di RTC ni macam-macam ada khususnya untuk orang-orang yang nak cari barang pertanian , ikan , ayam, daging dan banyak lagi. Senang cakap lebih kurang macam pasar basah la cuma kawasan dia amatlah besar.

Tapi part yang paling aku suka kat situ adalah nursery dia. Sempatla sambar 4-5 batang anak pokok & sayur-sayur yang diorang nak clear dengan harga yang amat murah. Brader tu cakap lepas PM datang rasmi (beberapa hari sebelum tu) semua display item kena clear kalau tak rugi.

Sementelah kat sana kitorang sempat la tengok-tengok edible garden yang nursery tu setup, alhamdulillah bertambah sikit ilmu.

For the love of everythings that grow…

Setahun yang lepas saya ambik keputusan untuk turunkan berat badan atas sebab masalah kesihatan. Ikut kata orang cara yang paling baik untuk maintain tahap penurunan tu dalam tempoh yang panjang adalah dengan mengubah terus gaya hidup. Banyak benda yang saya ubah & salah satu darinya adalah dengan berkebun. Saya memang minat sangat berkebun, masa duduk rumah parent dulu rajinlah juga menyangkul belakang rumah tanam tomato, terung dan beberapa lagi sayur-sayur lain. Lepas pindah ke kuartes, dapat tingkat 2 pulak tu, memang x der chance la nak meneruskan aktiviti saya suka tu. Lepas setahun saya dan isteri decide nak beli rumah, kitorang setuju satu ciri yang mesti ada pada rumah kitorang adalah tanah untuk berkebun. So hujung tahun  2010 kitorang pindah pindah masuk rumah baru, dan dapat lah saya meneruskan hobi berkebun. Maka wujudlah taman dapurku atau edible garden kata orang putih yang diberi nama “Hobbits Garden”.

My Hobbits Garden

Kebun dapurku – walaupun kawasan tak besar tapi alhamdullah banyak benda boleh tanam. Masa ni kangkung masih segar lagi dan labu pun belum berbuah.

Cili Kulai

Ni pokok cili variety kulai saya beli dari RTC Simpang Pulai. Brader tu tolak RM 10 jer pokok ni siap dengan pasu sekali. Sekali berbuah saya kira hari tu ada la dekat 20 biji…huh memang berbaloi…tapi tu la dia, dapat merasa makan sekali tu jer…lepas tu pokok ni mati…tak tau la tah tangan saya ker yang panas atau cuaca yang terlampau panas.

Bendi
Ni bapak segala bendi, saiz dia pun dah dekat sama dengan tanduk kerbau. Melawak jer…sebenarnya ni bendi atau lady finger atau okra yang sengaja diarkan tua atas pokok untuk saya buat benih baru memandangkan pokok dia dah lebih tinggi dari saya. Sungguhpun macam tu still dapat ambik hasil at least 2 kali seminggu.
Taman Dapur ku

Taman dapur belakang rumah, kalau korang tertanya kenapa tanah tu bersih jer dan tak nampak bersemak…jawapannya sbb saya baru lepas meracun…pakai racun rumpai.

Bendi 2

Ketinggian pokok bendi ni dah lepas tembok belakang tu masa saya cantas dia…terima kasihlah puas makan hasil. Sekarang ni generasi kedua pokok ni pulak yang membuahkan hasil. Disebabkan ada pucuk baru yang tumbuh dekat pangkal batang bendi ni so tak tergamakla saya nak buang dia, alhamdullah pucuk tu pun dah berbuah..hehehe. Yang kat depat tu pulak jambu tak der biji yang orang selalu beli dekat R&R belah utara. Anak pokok dia saya beli kat R&R Tapah. Setakat ni dah 2 kali berputik tapi belum ada buah yang lekat.

Roselle

Ni pokok roselle, bagus tanam pokok ni sebab rasanya memang sama macam blackcurrant / ribena tapi yang buat dia lagi bagus adalah kandungan vitamin C nya yang lebih tinggi.

Pokok Limau

Ni pulak barisan pokok limau saya, macam-macam jenis limau ada, limau kasturi, limau nipis & limau purut. Hari tu limau sankist pun ada tapi tak mau hidup. Dalam banyak-banyak pokok limau saya paling suka pokok limau kasturi sebab bau pokoknya amatlah wangi rasanya sebab tu kot orang bagi nama kasturi. Tapi yang paling tak best dengan pokok limau adalah ulat sangat suka hinggap dan makan pucuk-pucuk baru membuatkan dia susah sikit nak jaga. Terpaksalah saya hari-hari pergi check/musnahkan ulat daun, kalau time malas sembur racun jer.

Ni antara pokok / sayur / ulam-ulaman yang ditanam buat masa ni..more to come :

  1. Roselle
  2. Kacang panjang
  3. Kangkung
  4. Labu Manis
  5. Tomato
  6. Serai
  7. Cabai burung
  8. Cabai kontot
  9. Bendi
  10. Ubi keledek
  11. Cabang tiga / Tenggek burung.
  12. Daun kari
  13. Limau nipis
  14. Limau purut
  15. Limau Kasturi.
  16. Kailan
  17. Sawi
  18. Kesum
  19. Daun parsly
  20. Kunyit
  21. Daun Pandan
  22. Peria
  23. Sayur Manis /Cekur Manis /Daun Asin